LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A
(Hons) Al-Quran & Qiraat, Universiti
Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang
Psychology (Industri & Organisasi), U.K.M.
Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi
pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM,
Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi
penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006.
Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7
tahun di Maahad Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang
menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN -
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan).
Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran
beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN
JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al-
Quran melalui corak hafazan yang sistematik.
USAHA MEMARTABATKAN AL-QURAN
Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz lebih dikenali ramai
dengan produk teknik hafazan untuk golongan awamnya iaitu Kaedah
Jibril.
ANTARA PRODUK LAIN KELUARAN USTAZ ASRAFF :
Selain itu, Ustaz Asraff juga ada menerbitkan 2 buah buku
iaitu :
- Quranology
(diterbitkan oleh Sykt Mustread Sdn. Bhd.) dan
- Kaedah Jibril
(diterbitkan oleh Sykt PTS Sdn. Bhd.)
Kedua-dua buku ini boleh didapati di kedai buku terkemuka
seperti MPH, Popular dll.
(Sila rujuk ke blog Ustaz (www.asraffayob.com)
untuk mengecam contoh kulit bukunya)
Selain itu, beliau juga menerbitkan pelbagai panduan
Al-Quran lain seperti:
Pakej DVD TAJWIDPRO : satu pakej DVD yang
membantu anda untuk 'upgrade' ilmu tajwid dari tahap 'pertengahan' ke
tahap 'pro' : (
www.tajwidpro.com)
Pakej DVD 'FATIHAH TERUNGGUL' : Jika anda
inginkan bacaan Fatihah yang lebih berkualiti tajwidnya & lebih
yakin menjadi imam solat, layari : (
www.fatihahterunggul.com)
Anda boleh berhubung terus beliau melalui
: